Tangan penjual jus tebu tersepit dalam mesin pemerah selama 2 jam

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tangan penjual jus tebu tersepit dalam mesin pemerah selama 2 jam

Mar 10, 2026 | 3:35 PM

Tangan penjual jus tebu tersepit dalam mesin pemerah selama 2 jam

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Anggota bomba, pakar penyelamat daripada Pasukan Penyelamat dan Bantuan Bencana (Dart) serta paramedik Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) bekerjasama menyelamatkan seorang lelaki yang tangan kanannya tersepit dalam mesin pemerah tebu di Pusat Makanan Alexandra Village, pada 9 Mac.
Anggota bomba, pakar penyelamat daripada Pasukan Penyelamat dan Bantuan Bencana (Dart) serta paramedik Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) bekerjasama menyelamatkan seorang lelaki yang tangan kanannya tersepit dalam mesin pemerah tebu di Pusat Makanan Alexandra Village, pada 9 Mac. - Foto ZAOBAO

Seorang pemilik gerai jus di Pusat Makanan Alexandra Village secara tidak sengaja tersepit tangan kanannya dalam mesin pemerah tebu selama kira-kira dua jam pada 9 Mac sebelum berjaya dibebaskan.

Menjawab pertanyaan media, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia menerima panggilan meminta bantuan sekitar 9 malam pada 9 Mac di 120 Bukit Merah Lane 1, alamat pusat penjaja tersebut.

Anggota bomba, pakar penyelamat daripada Pasukan Penyelamat dan Bantuan Bencana (Dart) serta seorang paramedik SCDF bekerjasama menyelamatkan lelaki itu.

Paramedik berkenaan memberikan ubat penahan sakit dan memantau tanda-tanda vital lelaki tersebut sepanjang operasi menyelamat.

Pasukan perubatan kecemasan Hospital Universiti Nasional (NUH) turut berada di tempat kejadian untuk memberi sokongan perubatan.

Menurut akhbar Lianhe Zaobao, lebih 12 anggota SCDF turut ke tempat kejadian dengan sekurang-kurangnya tiga kenderaan SCDF dan sebuah kereta polis diletakkan berhampiran.

Lianhe Zaobao melaporkan tangan pemilik gerai itu berjaya dikeluarkan daripada mesin sekitar 10.45 malam.

Jari manis serta kelengkengnya dibalut sebelum beliau dibantu ke pengusung. Lelaki itu kemudian dibawa ke NUH, kata SCDF.

Seorang pemilik gerai di pusat penjaja tersebut memberitahu bahawa mangsa berusia lebih 60 tahun dan telah berniaga di situ selama lebih 10 tahun.

Anggota Parlimen (AP) Queenstown, Encik Eric Chua, dilaporkan mengunjungi pusat penjaja itu sekitar 11 malam untuk memberi sokongan kepada keluarga lelaki yang cedera.

Pada Oktober 2025, tangan kanan seorang pekerja di gerai tebu di Pasar dan Pusat Makanan Clementi 448 turut tersepit dalam mesin tebu dan tiga jarinya cedera.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg