KUALA LUMPUR: ‘Orang dalam’ sepatutnya bertanggungjawab, bukannya lepas tangan dan menggunakan pihak lain untuk menjadikan mereka sebagai kambing hitam dalam kes pemalsuan dokumen tujuh pemain Harimau Malaya, kata Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.
Tunku Mahkota Ismail meluahkan perkara itu menerusi ciapan di laman media sosial X dan turut mendakwa terdapat beberapa orang dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak berpuas...





