Balai ketibaan Terminal 2 di Lapangan Terbang Changi, yang lazimnya sunyi pada dinihari, bertukar menjadi riuh pada 11 Mac apabila 218 warga Singapura pulang dari Riyadh, Arab Saudi dengan menaiki pesawat Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF).
Penerbangan khas SAF12 itu mendarat di Lapangan Terbang Changi sekitar 6 pagi selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid di Riyadh sekitar 5.30...





