Perang di Timur Tengah: Warga S’pura pulang dari Riyadh dengan pesawat RSAF

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Perang di Timur Tengah: Warga S’pura pulang dari Riyadh dengan pesawat RSAF

Perang di Timur Tengah: Warga S’pura pulang dari Riyadh dengan pesawat RSAF

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Singapore, Middle East, repatriation, Changi Airport, RSAF, Riyadh, SAF12
Encik Johann Nassier Nicholas (bertopi) menyambut kepulangan ibu, Cik Zaiton Sotho, yang berada di Timur Tengah seja 7 Feb. - Foto INSYIRAH MOHD SHUKOR

Balai ketibaan Terminal 2 di Lapangan Terbang Changi, yang lazimnya sunyi pada dinihari, bertukar menjadi riuh pada 11 Mac apabila 218 warga Singapura pulang dari Riyadh, Arab Saudi dengan menaiki pesawat Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF).

Penerbangan khas SAF12 itu mendarat di Lapangan Terbang Changi sekitar 6 pagi selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid di Riyadh sekitar 5.30 petang (waktu tempatan) pada 10 Mac.

Warga Singapura itu terkandas di sana selepas perang tercetus di Timur Tengah, memaksa penutupan ruang udara dan pembatalan kebanyakan penerbangan komersial.

Penerbangan melalui pesawat Pengangkutan Tangki Pelbagai Peranan (MRTT) A330 RSAF itu diusahakan Kementerian Ehwal Luar (MFA) bagi membawa pulang warga Singapura yang berada di Bahrain, Jordan, Kuwait, Qatar dan Arab Saudi.

Apabila Berita Harian (BH) tiba di T2 sekitar 4.30 pagi, lebih ramai orang daripada biasa dilihat berada di T2.

Pada 5.30 pagi, jumlah ini bertambah menjadi sekitar 100 orang, yang kebanyakannya merupakan anggota keluarga dan sahabat handai.

Antara mereka ialah Encik Johann Nassier Nicholas yang menantikan ketibaan ibunya, Cik Zaiton Sotho, yang berangkat dari Singapura untuk ke Timur Tengah pada 7 Feb.

Turut hadir ialah Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Encik Zaqy Mohamad.

Bercakap kepada media sebelum bertemu penumpang, Encik Zaqy berkata situasi di Timur Tengah semakin genting dan memerlukan pemerintah untuk melancarkan penerbangan penghantaran pulang bagi membantu warga Singapura yang terkandas.

Beliau berkata usaha ini amat penting kerana ia menunjukkan bahawa pemerintah dan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) “sentiasa ingin membantu dan melindungi warga Singapura, walaupun ia terjadi di Timur Tengah”.

“Ini satu kepastian yang ingin diberikan oleh Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, (melalui usaha) penerbangan penghantaran pulang sedemikian,” ujarnya.

Pengerahan pesawat MRTT RSAF ke Riyadh pada 10 Mac adalah penerbangan penghantaran pulang ketiga yang dilaksana Singapura dalam usaha negara ini membawa pulang rakyatnya yang terkesan dek konflik Israel-Amerika dengan Iran dan menggugat rantau Timur Tengah.

Penerbangan yang keempat, juga melalui MRTT RSAF, sedang dirancang pada 12 Mac, kali dari Jeddah, Arab Saudi.

Dua penerbangan awal untuk membawa pulang rakyat Singapura dari Muscat, Oman – salah satu negara dengan ruang udara di rantau itu yang masih dibuka seperti biasa – dilakukan melalui penerbangan sewaan khas pesawat A350-900 Singapore Airlines (SIA).

Menurut MFA, seramai 319 warga Singapura dibawa pulang melalui penerbangan yang berlepas pada 7 dan 8 Mac dari Muscat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg