Menyambut Lebaran jauh di rantauan pasti mengundang kerinduan mendalam – daripada juadah tradisi hingga kemeriahan bersama keluarga tercinta. Berita Harian (BH) membawakan kisah warga Singapura yang tetap tekad menyemarakkan Aidilfitri, sama ada dengan menghidupkan semula suasana tanah air atau menimba pengalaman baharu.
Persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri di Singapura umumnya mudah dan serba lengkap, memandangkan rempah-ratus dan daging boleh didapati...





