Usaha cari bahan masak lauk Raya di AS, hidupkan tradisi tanah air
Usaha cari bahan masak lauk Raya di AS, hidupkan tradisi tanah air
Pasangan suami isteri kunjungi pelbagai kedai, lalui perjalanan sembilan jam demi cari kelengkapan Aidilfitri
Mar 28, 2026 | 5:30 AM
Usaha cari bahan masak lauk Raya di AS, hidupkan tradisi tanah air
Pasangan suami isteri, Encik Muhammad Hilwan Mohamed Idrus, dan Dr Khairunisa Mohamad Ibrahim, yang telah berhijrah ke Missouri, Amerika Syarikat sejak 2019, tabah mengharungi pelbagai ‘cabaran’ untuk menghidupkan kemeriahan Hari Raya Aidilfitri seperti di Singapura. Ia bagi membolehkan anak mereka, Muhammad Akmal Muhammad Hilwan, tiga tahun, dapat turut rasai kemeriahan Lebaran mengikut tradisi. - Foto ihsan MUHAMMAD HILWAN MOHAMED IDRUS
Menyambut Lebaran jauh di rantauan pasti mengundang kerinduan mendalam – daripada juadah tradisi hingga kemeriahan bersama keluarga tercinta. Berita Harian (BH) membawakan kisah warga Singapura yang tetap tekad menyemarakkan Aidilfitri, sama ada dengan menghidupkan semula suasana tanah air atau menimba pengalaman baharu.
Persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri di Singapura umumnya mudah dan serba lengkap, memandangkan rempah-ratus dan daging boleh didapati dengan senang di satu lokasi sahaja, seperti di Pasar Geylang Serai.
Laporan berkaitan
Warga S’pura di Melbourne kekalkan tradisi Raya Mar 27, 2026 | 8:06 PM
Siswa Raya di Canada tanpa keluarga demi timba pengalaman
di rantauan Mar 27, 2026 | 7:38 PM
Kembara rohani siswa S’pura di Maghribi menjelang Aidilfitri Mar 27, 2026 | 6:30 PM
Sambutan Lebaran lebih bermakna setelah bebas barah Mar 21, 2026 | 5:30 AM
Lebaran lebih bererti dengan kelahiran ‘bayi pelangi’Mar 21, 2026 | 5:30 AM

