Hubungan saya dengan Berita Harian bermula seawal usia tujuh tahun, dan antara kenangan terawal itu berkait rapat dengan ayah. Beliaulah yang sentiasa menekankan kepentingan memahami peristiwa dunia, terutamanya isu yang menyentuh masyarakat yang beliau sayangi.
Setiap minggu, akhbar Berita Minggu wajib menjadi bahan bacaan tetap di rumah kami. Pada usia itu, saya belum benar-benar menguasai bahasa yang digunakan. Saya akan...





