JAKARTA: Indonesia mengecam kelulusan rang undang-undang hukuman mati oleh Israel terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki, menyifatkannya sebagai pelanggaran serius terhadap undang-undang hak asasi manusia dan kemanusiaan antarabangsa.
Undang-undang yang diluluskan Parlimen Israel pada 30 Mac itu menetapkan hukuman mati sebagai hukuman mandatori bagi rakyat Palestin yang disabitkan kesalahan oleh mahkamah tentera atas serangan maut yang diklasifikasikan sebagai...





