Singtel dan Lembaga Tabung Simpanan Pekerja (CPF) telah memulakan langkah memindahkan semua Saham Diskaun Khas (SDS) Singtel yang kini dipegang sebagai amanah oleh lembaga tersebut, akan dialih terus ke dalam akaun Depositori Pusat (CDP) individu pelabur.
Ini bermakna hampir 615,000 rakyat Singapura yang memegang SDS hari ini akan memiliki kawalan langsung ke atas saham mereka dan akses kepada wang tunai...





