LONDON: Jean-Philippe Mateta muncul sebagai pencetus kemenangan Crystal Palace apabila mereka menewaskan Fiorentina 3-0 pada suku akhir pertama Liga Konferens Persatuan Bola Sepak Eropah (Uefa).
Mateta, yang membuat penampilan sulung dalam kesebelasan utama Palace sejak pemindahannya ke AC Milan gagal Januari lalu, menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-24 selepas Evann Guessand dikasari pertahanan Fiorentina, Dodo.





