JAKARTA: Polis Indonesia menahan dua wanita di wilayah Banten, Jawa, selepas satu video tular di media sosial menunjukkan seorang daripada mereka memijak Al-Quran, mencetuskan kemarahan dalam kalangan masyarakat di negara majoriti Muslim itu.
Kedua-dua suspek, yang hanya dikenali sebagai NL dan MT, berdepan tuduhan menghina agama dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun jika sabit kesalahan di bawah undang-undang...





