Anggota Parlimen (AP) GRC Tampines, Dr Charlene Chen, baru-baru ini mencuri perhatian netizen selepas memuat naik video di Instagram dan TikTok yang memaparkan dirinya menjalani latihan dikir barat dalam diam sebelum membuat persembahan kejutan sempena satu acara Hari Raya.
Video tersebut menunjukkan beliau berlatih bersama kumpulan dikir barat Merpati Puteh 27 sebagai persiapan untuk persembahan istimewa sewaktu acara ‘Riuh Raya’...





