DHAKA: Kira-kira 250 orang, termasuk kanak-kanak, dikhuatiri hilang selepas sebuah bot yang membawa pelarian Rohingya dan warga Bangladesh terbalik di Laut Andaman, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 14 April.
“Kapal pukat tunda itu, yang berlepas dari Teknaf di selatan Bangladesh dan dalam perjalanan ke Malaysia, dilaporkan karam akibat angin kencang, laut bergelora dan kesesakan,” kata Pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB...





