KHARTOUM (Sudan): Genap tiga tahun sejak konflik bersenjata tercetus antara Angkatan Tentera Sudan (SAF) dengan kumpulan pasukan separa tentera Pasukan Sokongan Pantas (RSF), negara itu kini berdepan krisis kemanusiaan yang disifatkan paling buruk di dunia.
Jutaan rakyat terperangkap dalam kitaran kelaparan, keganasan dan pemindahan paksa.





