Apabila Encik Mohamed Zulkifli Rahmat mendapati arwah bapanya, yang dilahirkan di Bangkok, Thailand, merupakan antara generasi tua terakhir dalam keluarga yang masih hidup, beliau berdepan hakikat bahawa sejarah keluarganya mungkin lenyap jika tiada usaha dilakukan untuk melestarikannya.
Justeru, bekas Editor Malam Berita Harian (BH) itu memulakan usaha sekitar 2010 untuk mengumpul maklumat saudara-mara dekat dan jauh demi menghasilkan buku salasilah...





