Sebagai sebahagian daripada usaha untuk mempelbagaikan dan mengembangkan sumber makanan Singapura, negara ini tidak lama lagi akan mendapatkan produk daging dan telur daripada tiga negara anggota Kesatuan Eropah (EU) yang baru diluluskan – Greece, Lithuania dan Latvia.
Negara-negara itu dimasukkan ke dalam senarai negara yang diluluskan sebagai sebahagian daripada semakan berterusan permohonan eksport negara anggota EU, kata Agensi Makanan Singapura...





