JOHOR BAHRU: Negeri Johor menyasarkan ketibaan 12 juta pelancong antarabangsa sempena Tahun Melawat Johor 2026 dengan potensi impak ekonomi melebihi RM42 bilion ($13.5 bilion) kepada negeri itu.
Pegawai Daerah Johor Bahru, Encik Mohd Masni Wakiman, berkata Johor juga terus mencatat pencapaian membanggakan apabila Tourism Johor menerima pengiktirafan Asia Record bagi kategori kemasukan pelawat antarabangsa paling tinggi melalui pintu masuk darat...





