Sebuah Singapura yang bersih mencerminkan nilai dan jati diri rakyatnya, kata Menteri Penyelaras bagi Perkhidmatan Awam, Encik Chan Chun Sing.
Berucap di pelancaran kempen Jadikan Singapura Bersih 2026, beliau, yang juga Menteri Pertahanan, menegaskan bahawa tahap kebersihan negara bukan sekadar soal persekitaran fizikal, malah turut menggambarkan siapa masyarakat Singapura dan apa yang mereka perjuangkan.





