Lebih 300 orang berhimpun di Biara Kong Meng San Phor Kark See (KMSPKS) untuk mencukur rambut sebagai tanda perpaduan bersama kanak-kanak serta keluarga yang terjejas akibat barah kanak-kanak.
Acara yang diadakan pada 19 April itu merupakan sebahagian daripada kempen ‘Hair for Hope’ anjuran Yayasan Barah Kanak-Kanak (CCF), yang bertujuan meningkatkan kesedaran serta mengumpul dana bagi menyokong pesakit muda dan keluarga...





