Waris kepada seorang wanita warga Singapura yang dilaporkan meninggal dunia di Berlin, Jerman, telah berjaya dikesan menyusuli usaha pencarian di media sosial sejak 20 April lalu.
Perkara itu dikongsikan oleh pengguna media sosial, Cik Amy Tashiana Ali, yang kemudian mengesahkan kepada Berita Harian (BH) pada 22 April bahawa beliau serta pihak keluarga kini sudah pun berhubung dengan Kedutaan Singapura di...





