HALMAHERA UTARA: Polis Indonesia sedang menjalankan siasatan terhadap dakwaan kecuaian beberapa porter (pengangkut barangan) dan pemandu pendakian susulan letusan Gunung Dukono di Halmahera Utara, Maluku Utara, yang mengorbankan tiga pendaki termasuk dua warga Singapura.
Ketua Polis Halmahera Utara, Encik Erlichson Pasaribu, berkata siasatan menyeluruh sedang dijalankan bagi menentukan sama ada berlaku unsur kecuaian dalam pengendalian ekspedisi pendakian ke gunung berapi...





