VITORIA-GASTEIZ (Sepanyol): Ibrahim Diabate menjaringkan satu-satunya gol untuk membantu tuan rumah Deportivo Alaves menewaskan juara baharu, Barcelona, 1-0 pada 13 Mei, sekali gus meraih kemenangan berharga yang membolehkan mereka keluar daripada zon relegasi La Liga dalam persaingan sengit mengelak penyingkiran ke divisyen bawah.
Gol itu dijaringkan pada masa tambahan separuh masa pertama, hasil tendangan sudut dengan Antonio Blanco menanduk bola...





