Kita sebenarnya masih belum benar-benar merdeka kebebasan masih bermain di hujung kertas jejari beronggeng laju dalam irama lama
Kita masih terantai kolonialisme baharu dijahit kemas ceritanya dengan benang-benang dusta mengheret marhaen yang terkapar menyambung hari-hari yang belum pasti





