Singapura, eksport, export, nodx, AI, kecerdasan buatan
EkonomiMay 18, 2026 | 1:38 PM

Eksport utama S’pura naik 24.5% pada Apr, dipacu elektronik dan AI

Eksport Singapura terus memacu pertumbuhan pada April, sekali gus mencatat pertumbuhan untuk bulan kelapan berturut-turut, meskipun berdepan dengan ketegangan di Iran.

Eksport Bukan Minyak Dalam Negeri (Nodx) melonjak 24.5 peratus, melebihi unjuran pasaran yang diramal sekitar 11 peratus dan pertumbuhan sebanyak 15.3 peratus pada Mac.

penjawat awam M’sia, risiko, kesihatan mental
MalaysiaSep 21, 2026 | 3:54 PM

Lebih 51,000 penjawat awam M’sia berisiko tinggi dalam isu kesihatan mental

KUALA LUMPUR: Seramai 55,169 penjawat awam Malaysia yang menjalani saringan Sistem Profil Digital Kesihatan Psikologi Penjawat Awam (MyPsyD) dikategorikan kakitangan berisiko tinggi dalam isu kesihatan mental, termasuk kecenderungan membunuh diri.

Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Datuk Dr Mohd Bakhari Ismail, berkata jumlah itu menunjukkan kepentingan memperkukuh kesejahteraan psikologi dalam kalangan penjawat awam secara menyeluruh.

Anggota keluarga mendaftarkan maklumat dengan polis sebelum memberikan sampel darah bagi ujian DNA untuk membantu mengenal pasti saudara-mara yang hilang akibat banjir besar, di Hospital Polis Nepal di Kathmandu. Sebanyak 1,451 mayat telah ditemukan, manakala 4,655 orang masih hilang ketika Nepal mempergiat analisis DNA dalam operasi pengecaman mangsa.
DuniaSep 21, 2026 | 3:48 PM

1,451 mayat ditemui selepas banjir Nepal, operasi DNA dipertingkat

KATHMANDU: Jumlah mayat yang ditemukan susulan banjir besar Sungai Bhote Koshi di Nepal meningkat kepada 1,451 orang, sedang pihak berkuasa mempergiat analisis DNA untuk mengenal pasti mangsa dalam antara operasi forensik terbesar pernah dihadapi negara itu.

Polis Nepal berkata pada 21 September bahawa 4,655 orang masih dilaporkan hilang selepas bencana pada 26 Ogos, manakala 7,975 anggota polis dikerahkan bagi operasi...

Sidang media menjelang majlis pelancaran alat diagnostik Indeks Perniagaan Sedia Masa Depan (FRBI) dihadiri oleh (dari kiri) CEO Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF), Encik Kok Ping Soon; Pengarah Urusan dan Rakan Kongsi Kanan Boston Consulting Group Singapore, Cik Mariam Jaafar; dan Ketua Penasihat RSM Singapore, Encik Terence Ang.
EkonomiSep 21, 2026 | 3:38 PM

SBF lancar alat bantu firma nilai kesediaan masa depan, atasi jurang keupayaan

Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) telah melancarkan satu alat diagnostik menyeluruh baharu pada 21 September untuk membantu syarikat menilai kesediaan masa depan mereka, mengenal pasti jurang keupayaan, serta mengutamakan usaha transformasi.

Pelancaran itu dirasmikan Menteri Negara Kanan (Perdagangan dan Perusahaan), Cik Low Yen Ling, pada acara Future Ready Business in Action 2026, yang diadakan buat julung kali.

Memandangkan pengangkutan awam merupakan ruang yang digunakan bersama, setiap penumpang perlu memainkan peranan untuk mewujudkan “suasana perjalanan yang bertimbang rasa dan menyenangkan”, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).
SingapuraSep 21, 2026 | 3:27 PM

Denda hingga $500 bagi penumpang bas yang laungkan muzik, letak kaki di tempat duduk mulai 23 Sep

Penumpang bas yang bermain muzik dengan kuat, meletakkan kaki di atas tempat duduk atau melakukan perbuatan lain yang mengganggu boleh didenda sehingga $500 mulai 23 September, di bawah peraturan baharu untuk menjadikan perjalanan di dalam pengangkutan awam lebih selamat dan selesa.

Kesalahan yang lebih berat, seperti menyebabkan halangan atau bahaya di pusat pertukaran dan terminal bas, atau mengotorkan bas atau...

Perdana Menteri Italy, Cik Giorgia Meloni, menghadiri festival belia nasional anjuran Gioventù Nazionale, sayap belia parti Brothers of Italy, di Rome pada 20 September. Cik Meloni mengumumkan rancangan untuk melarang pemakaian burqa dan niqab di sekolah serta menetapkan had jumlah pelajar asing dalam setiap kelas sebagai sebahagian langkah memperkukuh integrasi pendatang
DuniaSep 21, 2026 | 3:26 PM

Italy mahu larang burqa, niqab di sekolah, hadkan pelajar asing dalam kelas

ROME: Perdana Menteri Italy, Cik Giorgia Meloni, mengumumkan rancangan untuk melarang pemakaian burqa dan niqab di sekolah serta menetapkan had jumlah pelajar asing dalam setiap kelas, sebagai sebahagian langkah pemerintahnya yang bertujuan memperkukuh integrasi pendatang.

Cadangan itu turut mewajibkan ibu bapa kepada pelajar asing yang menghadapi masalah serius menyesuaikan diri dengan sistem sekolah supaya mempelajari bahasa Italy.

3 tarikan utama Festival of Thrills!
Play Video

PULAU NIRUP: Destinasi cuti terbaik, paling dekat untuk warga kota
Play Video

Pegawai pemeriksaan diiktiraf selepas tolak sogokan
Play Video

Gaji menteri naik: kenapa sekarang?
Play Video

BH anjur podcast bincang isu ‘grooming’, keselamatan kanak-kanak
Play Video