MAKKAH: Arab Saudi memberi amaran cuaca panas melampau dijangka melanda Makkah dan kawasan Tanah Suci sepanjang musim haji 2026 dengan suhu boleh mencecah sehingga 47 darjah Celsius ketika jutaan anggota jemaah mula berkumpul untuk menunaikan ibadah itu.
Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM) Arab Saudi berkata keadaan cuaca panas hingga sangat panas itu turut disertai angin berdebu dan ribut pasir terutama pada...





