Ketika perlu menggalas amanah membesarkan empat cahaya mata, Cik Sarah Ahmad, terpaksa mengetepikan kerjayanya demi memberi sepenuh perhatian kepada keluarga dan keperluan anak-anaknya.
Walaupun pernah mengendalikan perniagaan teknologi maklumat bersama suaminya, Encik Adam Elvis Seow, 45 tahun, Cik Sarah, kini 44 tahun, bertekad memberi tumpuan kepada anak-anak yang semakin dewasa.





