Perikatan Nasional (PN) Johor mengesahkan gabungan itu bersedia bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.
Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal, berkata perbincangan pembahagian kerusi antara parti komponen PN sudah dilakukan sebelum ini dan kini hanya membabitkan beberapa kerusi yang perlu...





