Agensi Penyakit Berjangkit (CDA) yang baru ditubuhkan menyarankan semua orang dewasa berumur 21 tahun ke atas di Singapura menjalani ujian HIV (Human Immunodeficiency Virus) sekurang-kurangnya sekali seumur hidup, tanpa mengira faktor risiko.
Agensi itu berkata individu yang mengetahui status HIV mereka boleh menerima rawatan awal dan mencegah penularan kepada orang lain.





