Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor menegaskan parti itu kekal stabil dan tidak terjejas walaupun beberapa bekas pimpinan serta anggota mengambil keputusan meninggalkan parti untuk menyertai haluan politik baru.
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Johor, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, berkata parti itu menghormati hak setiap individu menentukan pendirian politik masing-masing, namun, tindakan meninggalkan perjuangan tidak seharusnya disertai tuduhan melulu...





