Kadar inflasi makanan kekal stabil pada paras 1.6 peratus berikutan harga makanan belum dimasak dan perkhidmatan makanan meningkat pada kadar yang sama bagi April dan Mac.
EkonomiMay 25, 2026 | 3:57 PM

Inflasi teras S’pura turun kepada 1.4% pada April, bawah ramalan penganalisis

Inflasi teras Singapura menurun kepada 1.4 peratus pada April berbanding 1.7 peratus pada Mac, lebih rendah daripada jangkaan awal pakar ekonomi.

Pakar ekonomi sektor swasta sebelum ini meramalkan kadar inflasi teras – yang tidak mengambil kira kos penginapan dan pengangkutan swasta – akan meningkat kepada 1.8 peratus.

Anggota Densus 88 dan polis menjalankan siasatan di Madrasah Aliyah Negeri (MAN) 3 Padang, Sumatera Barat, selepas sebuah bom buatan sendiri meletup berhampiran bilik darjah pada 14 Julai. Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan. Seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun ditahan selepas disyaki menghasilkan bahan letupan itu menggunakan bahan yang diperoleh secara dalam talian. Polis turut menyiasat dakwaan suspek terpengaruh dengan kejadian letupan di sebuah sekolah di Jakarta tahun lalu serta penglibatannya dalam kumpulan dalam talian yang membincangkan pembuatan bahan letupan.
DuniaJul 15, 2026 | 11:53 AM

Pelajar 17 tahun ditahan selepas bom buatan sendiri meledak di madrasah Sumatera

JAKARTA: Seorang pelajar berusia 17 tahun ditahan polis antikeganasan Indonesia selepas dipercayai menghasilkan bom buatan sendiri yang meletup di kawasan sebuah sekolah agama di Padang, Sumatera Barat, mencetuskan kebimbangan mengenai pengaruh kandungan ekstrem dan berbahaya di internet terhadap golongan remaja.

Dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi 14 Julai di Madrasah Aliyah Negeri (MAN) 3 Padang, bom buatan sendiri itu meletup berhampiran...

FOTO FAIL: Bekas Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad, dalam gambar yang dirakam pada 2024. Ahmadinejad menafikan laporan yang mendakwa agensi perisikan Israel, Mossad, cuba merekrut beliau sebagai aset risikan dan bakal pemimpin baharu Iran, selain menyangkal dakwaan bahawa beliau kini berada di bawah tahanan rumah. Beliau menyifatkan laporan itu sebagai “rekaan” dan sebahagian daripada perang psikologi untuk mempengaruhi pandangan umum.
DuniaJul 15, 2026 | 11:31 AM

Ahmadinejad nafi dakwaan jadi sasaran Israel rancang pertukaran pemerintahan Iran

TEHERAN: Mantan Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad, menafikan laporan mendakwa agensi perisikan Israel, Mossad, pernah cuba merekrut beliau sebagai aset risikan dan bakal pemimpin baharu Iran, sambil menyifatkan semua dakwaan itu sebagai “rekaan sepenuhnya” yang bertujuan mengelirukan masyarakat.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya pada 14 Julai, Encik Ahmadinejad turut menafikan laporan bahawa beliau kini dikenakan tahanan di rumah oleh pihak berkuasa...

Presiden Tharman Shanmugaratnam bertemu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 13 Julai sebagai sebahagian daripada rangka lawatan negara pertama Tuan Presiden ke Malaysia.
SingapuraJul 14, 2026 | 11:31 PM

Presiden Tharman, PM Anwar tekankan keperluan perkukuh kerjasama S’pura-M’sia

Singapura dan Malaysia perlu memperdalami kerjasama dalam bidang kepentingan bersama seperti jaminan makanan dan tenaga, kata kedua-dua pemimpin negara itu.

Ini berikutan perbincangan antara Presiden Tharman Shanmugaratnam dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Kuala Lumpur, Malaysia pada 13 Julai.

Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong (kiri), bertemu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Brunei (Keselamatan dan Undang-Undang), Encik Sufian Sabtu, di Bandar Seri Begawan pada 14 Julai.
SingapuraJul 14, 2026 | 9:12 PM

S’pura dan Brunei terus perkukuh hubungan sempena ulang tahun ke-80 Sultan Hassanal Bolkiah

Singapura dan Brunei berkongsi “persahabatan istimewa”, kata Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong, yang tiba di negara itu pada 14 Julai bagi menghadiri sambutan ulang tahun ke-80 Sultan Hassanal Bolkiah.

Encik Lee, yang akan berada di Brunei dari 14 hingga 17 Julai, mewakili pemerintah Singapura dalam sambutan ulang tahun tersebut, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang dikeluarkan pada 13...

fitnah, ganti rugi undang-undang, Bloomberg
SingapuraJul 14, 2026 | 9:10 PM

Bloomberg diarah bayar ganti rugi $230,000 seorang kepada Shanmugam, See Leng

Mahkamah Tinggi pada 14 Julai menganugerahkan ganti rugi sebanyak $230,000 kepada setiap seorang menteri Kabinet, iaitu Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara merangkap Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K Shanmugam; dan Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng.

Ini selepas mahkamah memutuskan keputusan memihak kepada mereka dalam saman fitnah yang difailkan terhadap penyedia berita Bloomberg dan wartawannya.

Lain macam 'souvenir' Haaland bawa balik dari World Cup 2026
Play Video

Selepas 30 tahun ‘hilang’, bekas atlet istimewa ski air S’pura kini pelukis jalanan di KL
Play Video

Ikhlas tak boleh bayar bil?: Penting lahirkan asatizah berjiwa usahawan
Play Video

Adakah masyarakat Melayu/Islam bersedia bagi masa depan yang dipacu AI?
Play Video

BH Jelaskan: Bolehkah petir menyambar walaupun tak hujan?
Play Video