Seramai 14 pemandu ditangkap kerana menyediakan perkhidmatan e-hailing (menempah kenderaan secara dalam talian) rentas sempadan secara haram pada 25 Mei, kata Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Pembangunan Negara), Cik Sun Xueling, dalam hantaran Facebook pada hari yang sama.
Tangkapan itu berlaku di pusat pemeriksaan darat Singapura, hasil operasi penguatkuasaan bersepadu dan tegas oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan Penguasa Imigresen...





