“Baik dijaga adab senonoh, Petuah dipegang bersungguh-sungguh; Mewariskannya tidak bertangguh,
Menunjuk mengajar tidak mengeluh.
“Baik dijaga adab senonoh, Petuah dipegang bersungguh-sungguh; Mewariskannya tidak bertangguh,
Menunjuk mengajar tidak mengeluh.
WASHINGTON: Amerika Syarikat secara rasmi menggugurkan Syria daripada senarai negara penaja keganasan pada 24 Ogos, menamatkan penetapan selama 47 tahun yang sekian lama menyekat pelaburan, urus niaga kewangan dan hubungan ekonomi negara itu dengan dunia luar.
Dalam langkah yang menandakan perubahan besar hubungan Washington-Damsyik, Jabatan Negara Amerika turut menarik balik penetapan Barisan al-Nusra, yang kemudian dikenali sebagai Hay’at Tahrir al-Sham...
Selat Melaka dan Selat Singapura adalah contoh cemerlang berhubung pencapaian yang mampu diraih apabila negara-negara komited untuk bekerjasama demi manfaat bersama, kata Menteri Pengangkutan, Encik Jeffrey Siow, pada 24 Ogos.
Selama lebih separuh abad, Indonesia, Malaysia dan Singapura telah bekerjasama bagi memastikan keselamatan laluan perairan berkenaan, meskipun di kawasan yang sempadannya masih belum diselesaikan.
Singapura menggesa Israel untuk segera menghentikan rancangan peluasan petempatan di wilayah Tebing Barat, sambil mengulangi pendirian teguhnya bahawa pembinaan petempatan di kawasan itu menyalahi undang-undang antarabangsa, kata jurucakap Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada 24 Ogos.
Ia turut menyatakan bahawa cadangan pembinaan petempatan kediaman di kawasan E1, meliputi kira-kira 12 kilometer persegi antara Baitulmakdis Timur dengan petempatan Maale Adumim, akan memecahbelahkan...
Kerjasama yang diperluas menerusi gerakan M Kuasa Tiga Plus (M³+) membolehkan sokongan yang lebih menyeluruh disalurkan kepada masyarakat, kata Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Zaqy Mohamad.
Pada masa yang sama, beliau menambah bahawa M³+ bertindak sebagai pengubah keadaan, atau game changer, yang membuka lebih banyak peluang untuk masyarakat Melayu/Islam berkembang serta membantu dalam menangani isu-isu semasa.
Program sedia ada oleh badan Melayu/Islam, seperti Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), melengkapi pakej sokongan keluarga yang dipertingkat dalam Rapat Hari Kebangsaan (NDR) 2026, kata Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Zaqy Mohamad.
Ia seperti program ‘Achieving Resilient and Inspiring Families’ (Mewujudkan Keluarga yang Berdaya Tahan dan Memberi Inspirasi – Arif), oleh Yayasan Temasek untuk membimbing pasangan Muslim...





