JOHOR BAHRU: Perikatan Nasional (PN) Johor kini di ambang memuktamadkan rundingan pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, dengan 80 peratus daripada pembahagian kerusi telah selesai.
Pengerusi PN Johor, Datuk Seri Dr Sahruddin Jamal, memaklumkan bahawa baki 20 peratus kerusi masih di meja rundingan.





