KUALA LUMPUR: Naib Presiden, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, menyuarakan kekecewaan berhubung bibit-bibit perpecahan yang kian ketara antara partinya dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS).
Mengulas kenyataan Ketua Penerangan PAS, Encik Ahmad Fadhli Shaari, mantan Menteri Besar Perak itu tegas menyatakan bahawa Bersatu tidak mampu menghalang hasrat PAS untuk bergerak secara solo.





