KOTA TINGGI: Malaysia menggesa Norway mempercepatkan pemulangan wang bagi perjanjian pembelian peluru berpandu yang dibatalkan, dengan Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, menegaskan bahawa Oslo tidak boleh melepaskan diri daripada tanggungjawab atas perkara tersebut.
Datuk Mohamed Khaled berkata beliau baru-baru ini bertemu dengan Menteri Pertahanan Norway, Encik Tore Sandvik, dan menegaskan bahawa keengganan kerajaan Norway meluluskan lesen eksport...





