Ibu bapa yang sedang mencari kegiatan menarik untuk mengisi cuti sekolah Jun bersama anak-anak kecil boleh ke Gardens by the Bay untuk menikmati pelbagai pengalaman bertemakan alam semula jadi, permainan dan dunia fantasi sepanjang bulan.
Antara tarikan utama ialah Pesta Kanak-Kanak 2026 yang berlangsung di Supertree Grove dari 30 Mei hingga 21 Jun.





