Walaupun pernah melalui pengalaman bersalin sebanyak tiga kali, Cik Nadia Ramlee, tidak menyangka kelahiran anak keempatnya, Salma Zulhilmy, akan berlaku di rumah.
Cik Nadia dan suaminya, Encik Zulhilmy Azrin pada mulanya menjangkakan mereka masih mempunyai masa untuk ke hospital apabila Cik Nadia mula mengalami kontraksi pada pagi 21 Mei, meskipun tarikh jangkaan bersalinnya adalah pada 25 Mei.





