SUBANG JAYA: Penyanyi terkenal, Liza Hanim, mengakui tidak pernah melihat sikapnya yang sentiasa mengambil berat mengenai anak sulungnya, Marsya Qistina, sebagai sesuatu yang berlebihan, sebaliknya menganggap ia lahir daripada naluri semula jadi seorang ibu.
Liza, 47 tahun, berkata perasaan untuk melindungi anak akan sentiasa wujud dalam diri setiap ibu bapa, biarpun anak mereka sudah meningkat dewasa dan mampu berdikari.





