Topik diikuti
Pergi ke BHkuLiza Hanim anggap sikap lindung anak sebagai naluri ibu
Liza Hanim anggap sikap lindung anak sebagai naluri ibu
Liza Hanim anggap sikap lindung anak sebagai naluri ibu
SUBANG JAYA: Penyanyi terkenal, Liza Hanim, mengakui tidak pernah melihat sikapnya yang sentiasa mengambil berat mengenai anak sulungnya, Marsya Qistina, sebagai sesuatu yang berlebihan, sebaliknya menganggap ia lahir daripada naluri semula jadi seorang ibu.
Liza, 47 tahun, berkata perasaan untuk melindungi anak akan sentiasa wujud dalam diri setiap ibu bapa, biarpun anak mereka sudah meningkat dewasa dan mampu berdikari.
“Setiap ibu pasti mempunyai perasaan yang sama. Apabila ada yang mengatakan saya bersikap sedemikian, mungkin mereka bukan ibu bapa atau belum pernah melalui situasi seperti ini.
“Sebagai seorang ibu, perasaan itu memang akan sentiasa ada. Anak-anak perlu tahu bahawa akan sentiasa ada seseorang yang menyokong dan membantu mereka apabila diperlukan.
“Bukan bermaksud kita memanjakan mereka sehingga tidak mampu berdikari. Anak saya seorang yang sangat berdikari dan matang untuk usianya,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran dan sidang media single sulung Marsya berjudul Siapa Diriku di Semesta Event Space, di sini pada 2 Jun.
Liza berkata meskipun Marsya, 23 tahun, mampu menguruskan kehidupan dan kerjayanya dengan baik, sebagai ibu dia tetap perlu memainkan peranan untuk memastikan anaknya sentiasa berada dalam keadaan terbaik.
Katanya, tanggungjawab sebagai ibu tidak pernah berakhir walaupun anak-anak semakin dewasa.
Pada masa sama, penyanyi lagu Gelisah Mimpi itu mengakui dirinya turut belajar untuk memberi lebih ruang kepada Marsya dalam membuat keputusan sendiri.
“Anak saya seorang yang kuat dan tahu bagaimana untuk menguruskan kehidupannya sendiri. Dalam masa sama, saya juga belajar untuk lebih bertenang dan memberi ruang kepadanya.
“Saya juga perlu berubah dan belajar dari semasa ke semasa. Namun, sebagai seorang ibu, perasaan untuk melindungi anak-anak tetap ada.
“Apabila membabitkan anak, sudah tentu kita akan menjadi seperti singa betina yang mempertahankan anaknya. Itu perkara yang normal bagi seorang ibu,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Liza berkata beliau tidak pernah menyimpan perasaan terkilan terhadap komen atau tanggapan negatif yang dilemparkan segelintir netizen terhadap dirinya.
“Saya juga tidak rasa terkilan apabila dilabel dengan pelbagai tanggapan.
“Jika mahu, saya juga boleh melabel orang lain dan mengatakan mereka tidak memahami kerana tidak mempunyai anak. Tetapi saya tidak melihat perkara itu begitu,” katanya.
Terdahulu, segelintir netizen mendakwa Liza terlalu melindungi Marsya sehingga dianggap m
