Kejayaan pasukan Sekolah Menengah Bedok South meraih tempat pertama dalam Kem Wartawan Muda Gen G 2026, anjuran Berita Harian (BH), bukanlah sesuatu yang mereka jangkakan.
Malah, pasukan yang terdiri daripada Nur Syaniyyah Insyirah Muhammad Iskandar Dzulkarnain, Aisha Mohammed Rafique, Syed Yusuf Alhadad dan Zahin Zafir Azhar, kesemuanya 15 tahun, hanya berpuas hati jika mereka dapat menduduki tiga tangga teratas pertandingan...





