JOHOR BAHRU: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), dijadual melancarkan jentera pilihan raya PH Johor bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 pada malam 6 Jun.
Menurut Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Encik Jimmy Puah Wee Tse, majlis tersebut akan berlangsung di Dewan Sekolah Tinggi Cina, Batu Pahat pada jam 8 malam.





