Walaupun tidak memahami bahasa Mandarin, Cik Rabiah Basir, 65 tahun, tidak pernah menjadikan hambatan bahasa itu sebagai penghalang untuk menyertai sesi senaman Qi Gong bersama sekumpulan jiran di tempat tinggalnya di Yishun.
Nenek kepada empat cucu dan seorang cicit itu berkata beliau hanya memerhati pergerakan peserta lain pada awalnya, tapi kini sudah mahir dengan setiap gerakan senaman tersebut.





