JAKARTA: Pemerintah Indonesia memperketat pemantauan kegiatan pelancongan di gunung berapi seluruh negara susulan tragedi letusan Gunung Dukono pada Mei lalu yang mengorbankan tiga pendaki termasuk dua rakyat Singapura.
Kementerian Pelancongan Indonesia berkata pihaknya kini memberi keutamaan kepada usaha memperkukuh pengawasan dan penyelarasan bersama agensi berkaitan termasuk Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas) bagi meningkatkan kecekapan operasi kecemasan dan masa tindak...





