Menyedari dunia hiburan tidak selamanya manis dan indah, penyanyi muda yang kini sibuk menempa nama dalam industri hiburan seberang Tambak, Marsya Qistina, akur sudah mempersiapkan mental dan fizikal untuk berdepan dengan pelbagai ragam netizen termasuk kecaman.
Marsya, atau nama sebenarnya, Marsya Qistina Mohamed Shahrin, 23 tahun, yang juga anak sulung kepada penyanyi, Liza Hanim, memulakan langkah secara rasmi sebagai penyanyi...





