Dikenali sebagai seorang yang pemalu, ramai mungkin tidak akan menyangka Nurul Aleesya Irwan sebenarnya mampu tampil penuh yakin dan bertenaga di lantai tarian ‘ballroom’ dengan sukan dansa atau ‘Dancesport’.
Sejak berusia sembilan tahun, Aleesya mula menceburi sukan dansa menerusi kegiatan kokurikulum (CCA) di Sekolah Rendah Edgefield.





