Selama sekitar lima tahun, dinding flat lima bilik Cik Nurul-Qursyiah Ismail, penuh dengan kertas lukisan anaknya yang berkeperluan khas, Naufal Mohammad Farhan, yang mempunyai bakat luar biasa dalam bidang seni.
Kanak-kanak berumur 10 tahun itu, yang didiagnosis mengalami autisme teruk atau severe dan tidak boleh bercakap, belajar melukis sendiri, dengan benda-benda di sekeliling sebagai ilham.





