ALOR SETAR: Seorang pelajar lelaki sebuah institut pengajian tinggi swasta sanggup menjadi penghantar untuk membawa masuk 14.63 kilogram (kg) bunga ganja bernilai RM1.17 juta ($370,000) dari negara jiran sebelum dicekup polis pada 15 Jun.
Timbalan Ketua Polis Kedah, Penolong Pesuruhjaya Baderulhisham Baharudin, berkata suspek berusia 24 tahun itu ditahan dalam pemeriksaan di Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di...





