KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), yang mendapat kerusi paling banyak untuk bertanding menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri Ke-16 Johor (PRN16), menggunakan formula menampilkan calon anak Johor yang berupaya membawa isu tempatan.
Naib Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berkata semua calon dikemukakan membabitkan gabungan wajah baru dan penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor.





