Melihat bapanya berkhidmat sebagai anggota pasukan berseragam di Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menjadi pencetus inspirasi kepada Leftenan Kolonel Kanan (SLTC) Abu Bakar Abdillah Alkatib untuk meniti kerjaya dalam bidang ketenteraan.
Beliau yang kini berusia 40 tahun dan memegang jawatan Komander Briged bagi Briged Infantri Ketiga Singapura (3SIB), berkata nilai disiplin, komitmen dan tanggungjawab yang ditunjukkan Allahyarham bapanya banyak mencorak...





