Pemuda Umno Bahagian Simpang Renggam menyifatkan tindakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Layang-Layang, Encik Abdul Mutalib Abdul Rahim meninggalkan Umno selepas tidak dicalonkan semula dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagai sesuatu yang mengecewakan dan menimbulkan persoalan mengenai prinsip perjuangannya.
Ketuanya, Encik Hafiz Shukor, berkata parti menghormati hak setiap individu untuk memilih wadah politik masing-masing, namun keputusan meninggalkan parti...





